Gah sekali namanya dan dikenali sebagai tempat pelancongan yang terkemuka di selatan tanahair. Izzo mengenalinya sejak di bangku sekolah rendah lagi tempat ni. Sememangnya teruja jugalah nak melawat Desaru, tempat yang begitu hebat namanya ni. Sengaja pada pagi itu perjalanan mengikuti Lebuhraya Utara Selatan dari UPM hingga ke Senawang dan terus mengikuti Jalan Persekutuan no 1 dan melalui bandar-bandar seperti Rembau, Tampin, Gemas, Simpang Ampat, Segamat, Labis, Chaah, Yong Peng dan berakhir di Ayer Hitam, Johor. Kemudian diteruskan ke Bandar Keluang, Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Bandar Penawar seterusnya ke Desaru.
Tiba di Bandar Penawar, lambaian pokok-pokok rhu cukup untuk menggamit pengunjung terutama yang belum pernah ke pantai tersohor itu. Tiba di Pantai Desaru pada jam 5 petang dengan harapan hati ini akan terpesona dengan keindahan pantainya. Tetapi sangkaan terus meleset apabila pantainya boleh dikatakan kurang menarik dan seumpama pantai-pantai di Port Dickson sahaja. Ini ditambah dengan sampah domestik yang tidak tahu datang dari mana.
Lantas, berpindah ke Batu Layar yang terletak kira-kira 15km dari Desaru yang sedikit mempunyai pantai yang lebih menarik tetapi masih mempunyai sampah domestik buangan manusia yang tak mengenal erti kebersihan dan tanggungjawab. Angin di Batu Layar lebih bertiup kencang tetapi bayu darat menjelang waktu malam lebih sejuk berbanding tiupan bayu laut. Batu Layar mendapat nama mungkin kerana ada 2 bongkah batu yang seakan-akan berbentuk layar.
Izzo tidak menafikan, kesimpulan yang dibuat terhadap nama gah Desaru yang boleh dikatakan "indah khabar dari rupa" mungkin berpunca dari ekspetasi yang tinggi. Mungkin juga pantai-pantai di tempat Izzo seperti Cherating, Balok dan Pantai Sepat cukup indah kerana mempunyai pantai yang landai, pasir yang padat serta ruang yang cukup luas.
Kebanyakan pengunjung datangnya dari negara jiran yang terdesak untuk bercuti di negara sendiri memandangkan negaranya hanya mempunyai Pulau Sentosa yang pastinya lebih jelik dari Desaru.
2 comments:
Akak tak pernah ke desaru, sebab walaupun akak dari johor tak ada pantai yang berbaloi di lawat di sana. Ops tapi mungin endau ada kot, itu akak tak pasti. Tapi rasanya semua pantai di malaysia ni menerima nasib yang sama, menjadi mangsa pencemaran. Tapi Izzo dah ke sipadan ke kalau belum, pergilah itu memamg berbaloi. Insyaallah masih belum teruk dieksploitasi sebab dok bawah marine reserved lagi.
dah sampai.
cantik sangat-sangat.
pantai tak sangat tapi kehidupan lautnya.
pantai yang paling cantik setakat ni adalah cherating di kuantan, legian di bali dan karambunai di tuaran sabah
Post a Comment