Rakyat Malaysia pastinya mengetahui tragedi yang telah berlaku di Bukit Antarabangsa pada Disember 2008 yang lalu. Lama kelamaan, isu ini hanya akan terpalit dalam ingatan dan kita menganggap ia hanya sebagai satu peristiwa.
Izzo menulis kali ini bukan untuk mengupas apa yang telah berlaku tetapi beminat kepada 2 pendapat yang Izzo dengar melalui 2 orang yang berbeza yang saling tidak mengenali antara satu sama lain.
Pandangan pertama yang menarik perhatian Izzo adalah dari seorang kanak-kanak 11 tahun yang agak hairan melihat ramai mangsa serta orang lain yang sering menuding jari menyalahkan orang lain berkaitan tragedi tanah runtuh tersebut. Antara yang dipersalahkan antaranya pihak kerajaan termasuk MPAJ, Kerajaan Negeri Selangor dahulu, Kerajaan Persekutuan termasuk Jabatan Alam Sekitar yang hanya sambil lewa menjalankan tugas tanpa mempedulikan kepentingan diri sendiri memilih untuk menetap di tempat berkenaan.
Izzo tidak menolak kenyataan kanak-kanak berkenaan bahawa tanah runtuh berkenaan merupakan bencana alam untuk menguji manusia. Maka tak perlu nak persalahkan siapa dan anggap itu adalah sebagai satu ujian dari Tuhan dalam kehidupan. Untuk rekod, kanak-kanak tersebut pernah berpengalaman tinggal di pusat pemindahan banjir akibat rumahnya dilanda banjir selama 3 malam. Kanak-kanak itu juga bosan mendengar pelbagai pertuduhan dan salah-menyalah dikalangan penduduk terbabit pada ketika itu.
Bezanya dengan pandangan kedua yang Izzo dengar adalah dari seorang rakyat Malaysia yang professional dan semestinya berpendidikan. Beliau berkhidmat sebagai seorang peguam di salah sebuah syarikat guaman yang terkemuka di ibu kota. Pandangannya berkenaan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa adalah terus menyalahkan sebuah parti politik yang mengamalkan rasuah sehingga terus menyebabkan tanah runtuh. Memikirkan semula, bagaimana bukti yang jelas menunjukkan parti politik berkenaan mengamalkan rasuah hingga berlakunya tanah runtuh di Bukit Antarabangsa sedangkan beliau merupakan seorang peguam yang professional yang lebih memahami konsep pertuduhan, andaian, spekulasi, prosiding atau sebagainya lagi dalam terma undang-undang?
Apabila di tanya kepada beliau berkenaan bencana alam, peguam berkenaan terus menidakkan itu sebagai satu bencana alam.
2 pandangan berkenaan dari 2 orang yang berbeza latar belakang menarik minat Izzo untuk menulis di blog ini dan masih terdengar kata-kata pendekar, “Jika kamu menuding jari menyalahkan orang lain, 4 jari yang lain menuding kepada diri sendiri”
3 comments:
Kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai - aku kira boleh di guna pakai untuk peristiwa Bukit Antarabangsa ni.
Aku rasa aku kenal dua individu tersebut (",).
Kalau difikirkan bencana alam yang kian banyak menimpa diseluruh dunia. Kalau di tanyakan pendapat akak jawapannya kita semua selaku manusia yang merupakan khalifah yang diturunkan tuhan telah tunduk kepada kehendak yang disangkakan keperluan dan terkadang sifat tamak mengaburi mata hingga lupa pada janji sebelum diturunkan kebumi. Walubagaimanapun kita juga dalam dilema antara kepentingan pembangunan ekonomi dan mempertahankan kepentingan alam. Sebenarnya tidak perlu menunding jari tanya pada diri, akukah yang bersalah hingga bumi benci bersahabat dengan kita.
sori yng comment kat atas tu kak Laily tapi terkeluar account anak
Post a Comment