Izzo berkesempatan mengikuti kekanda sulung Izzo dan anak-anaknya bercuti sempena cuti sekolah. Izzo pernah ke tempat ini dahulu sebelum ini iaitu (Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah) di Lanchang, Pahang dan Izzo mengikutinya lagi sebab memang seronok bermain bersama gajah. Cerita kali ini bukannya cuti tersebut yang nak di ceritakan tetapi apa cerita di sebalik cuti tersebut.
Terdapatlah kisah tentang seseorang kanak-kanak yang memotong barisan betul-betul di celah Izzo dan seorang anak saudara Izzo untuk giliran mandi bersama gajah;
Izzo : Adik, cuba ikut barisan. Adik boleh beratur kan.
Makcik X : Who are you want to teach my son to queue?
Izzo : Yes, I'm human. You son did something wrong and i ask him to queue
Makcik X : I tengok anak I beratur dah lama di situ.
Izzo : Makcik, saya yang beratur bukannya makcik. Dan depan dia ni anak saudara saya dah lama beratur dengan saya. Kalau dia beratur, macam mana dia boleh mencelah depan saya ni?
Makcik X : Awak ingat saya buta?
Izzo : Yer, saya rasa makcik buta sebab tuduh melulu. Elok makcik ajar anak makcik ni beratur.
Makcik X : Berlagak pandailah U ni.
Izzo : Saya rasa, orang berlagak pandai tu adalah makcik.
Orang belakang Izzo : Padan muka (dengan nada amat perlahan)
Makcik X : Kau siapa nak cakap padan muka dengan aku?
Orang belakang Izzo : Siapa pulak yang bercakap dengan makcik?
Makcik X : Kau ingat aku pekak ke? Ingat aku gajah ke?
Orang belakang Izzo : Kesitu pulak makcik ni. Saya tengah baca SMS ni ler. Makcik nak sangat ke jadi gajah?
Izzo : (Muka puas hati dan senyum sampai ke telinga)
3 comments:
wakakakaka...
makcik owh makcik...
berlagak tak kena tempat. mau kena maki dengan Izzo
hahahha kelakar
makcik lahai makcikk....
Post a Comment