Kadang-kadang apa yang dicitakan hanya segelintir sahaja yang menjadi realiti. Itulah lumrah kehidupan, kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Kadang-kadang pucuk yang dicita tetapi ulam pula yang mendatang. Keinginan yang beriringan dengan harapan sentiasa diuji dengan pelbagai situasi. Yang pastinya realiti dalam kehidupan ini sentiasa menguji mana-mana individu dan itulah dinamakan ketentuan olehNya yang mempunyai hikmah tersendiri.
Kisah cinta 3 segi yang berlaku oleh Ms.A dan Mr.H dan seseorang insan lagi cukup klise dan masing-masing mengharapkan kebahagiaan kelak. Ms. A yang Izzo kenali merupakan gadis manis, periang, ceria berkarisma serta individu yang mempunyai karier yang professional. Gadis genit yang peramah ini sering kali menjadi siulan dan menerima usikan dari sesiapa sahaja dan tidak dapat dinafikan ramai yang meminatinya.
Beliau tidak pernah putus dengan cinta sejak zaman persekolahan kemudian bersilih ganti bercinta ke pengajian tinggi dan seterusnya ke alam pekerjaan. Pasti, ramai yang meminatinya walaupun kerap kali bertukar teman lelaki. Mr.H tidak terkecuali meminatinya dan mengambil masa beberapa bulan untuk memenangi hati Ms.A dan membawa harapan untuk meneruskan hubungan mereka ke jinjang pelamin. Masing-masing mempunyai harapan dan bersedia untuk memasuki alam perkahwinan dalam tempoh yang mereka tetapkan.
Dalam pada itu, Ms.A tidak sebegitu serius dalam perkara tersebut dan masih menfokuskan kepada pembangunan kerjayanya hingga beberapa kali menangguhkan hasrat untuk berkahwin dengan Mr.H. Pada masa yang sama juga, Ms.A mengenali pelanggan/ rakan niaganya serta intim dan bukan lagi terhad sebagai seorang pelanggannya sahaja. Pelanggan Ms.A tersebut turut diperkenalkan kepada Mr.H secara kebetulan apabila Ms.A sepatutnya mempunyai temujanji dengan Ms.H. Pelanggan tersebut berpangkat Dato’ dan berusia lebih 60 tahun serta pernah menggemparkan negara dengan beritanya beberapa tahun lepas.
Hubungan intim Ms.A dengan pelanggannya menjejaskan hubungannya dengan Mr.H hingga Mr.H sendiri dapat menghidu dan memerhati sendiri bagaimana intimnya hubungan mereka. Pelanggan Ms.A berkenaan pernah menjanjikan sesuatu yang lebih indah kepada Ms.A tetapi masih menangguh untuk mengahwinnya.
Pada masa yang sama juga, Ms.A masih meneruskan hubungan dengan Mr.H tetapi agak dingin berbanding sebelumnya. Ms.A agak tertekan dan beranggapan dirinya bersalah kerana bertindak sedemikian dan menceritakan hubungan sebenar beliau dengan pelanggannya kepada Mr.H. Ms.A mengakui beliau meminati lelaki berusia dengan alasan lelaki berusia lebih bertanggungjawab, romantis, penyayang serta lebih menghargai gadis sepertinya. Ms.A sanggup untuk menjadi isteri kedua sekiranya Mr.H tidak menerimanya.
Keadaan yang amat genting ini, menyebabkan Mr.H merasakan dirinya ditipu dan dipermainkan dengan tindakan Ms.A yang turut mempergunakan kelebihan dirinya untuk menjalinkan hubungan serentak dengan kedua-dua lelaki yang mencintai dirinya.
Ms.A hilang Mr.H tetapi masih menaruh harapan agar Mr.H dapat menerimanya kembali. Hubungan Ms.A dengan pelanggannya turut mendapat tentangan dari keluarganya serta isteri pelanggan itu sendiri iaitu Datin J.
Ms. A mungkin kehilangan kedua-duanya serentak tetapi hubungan dengan pelanggan tidak putus disitu sahaja kecuali untuk berkahwin kerana mereka masih berhubung dalam urusan perniagaan.
Izzo yang mengenali Ms. A sejak zaman pengajian di universiti lagi dan Ms.A merupakan seorang gadis yang sentiasa bersilih ganti mempunyai kekasih meskipun kekasihnya sering kali diperalatkan untuk kepentingan Ms.A sendiri. Walaupun Ms.A rakan, tetapi Izzo tidak berpihak kepadanya dalam perkara ini. Sikap “playgirl”nya mengundang padah kepada diri sendiri kerana beliau masih menagih cintanya kepada Mr.H. Tetapi Izzo percaya, gadis sepertinya pasti dapat memikat lebih ramai lelaki selepas ini.
Utara membawa berita Selatan membawa utusan Timur membawa makmur Barat membawa rahmat
Wednesday, May 20, 2009
Monday, May 18, 2009
Seraphine
Mungkin ini sahaja filem Perancis yang dapat ditonton pada tahun ini melainkan pawagam di Malaysia membawa masuk filem antarabangsa yang lain selain dari Hollywood, Bollywood, Hong Kong, Thailand mahupun Indonesia. Kali ini filem yang mempunyai genre biografi yang sempat ditonton walaupun pada asalnya niat ke GCS Pavilion adalah untuk menonton filem Saint CYR.Filem berdasarkan kisah benar yang bermula sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1914 hingga 1938 menceritakan seorang pembantu rumah yang mempunyai bakat dalam seni lukis. Pokok, dedaun serta flora dijadikan sebagai ilham untuk lukisannya yang melangkaui waktu pada ketika itu. Beliau menggunakan pelbagai sumber untuk dijadikan pewarna lukisannya seperti lumpur, darah, minyak, wine itu menjadi rahsianya ketika melukis.
Seraphine bertemu dengan tuan rumahnya dari Jerman yang berhijrah ke Perancis dan pada masa yang sama turut meminati lukisan. Tuan rumah berkenaan menyedari tanpa sedar bakat yang ada oleh pembantu rumahnya. Peluang untuk merubah hidup Seraphine dijanjikan oleh tuannya kerana ingin membawa hasil lukisannya ke pameran di kota. Naik turun kisah ini berlaku selepas berlakunya Perang Dunia Pertama dan mereka terpisah hingga dipertemukan kembali.
Angan-angan Seraphine untuk menjadi terkenal di Paris sekali lagi terbatas kerana krisis ekonomi dunia hingga tuannya, Wilhelm Uhde menangguhkan hasratnya. Dari situ hidup Seraphine menjadi tidak tentu hala. Akhirnya usaha memulihkan semangatnya berhasil selepas karyanya diperdagangkan dan Seraphine kembali mendapat jiwanya dengan alam sekeliling.
Filem biografi yang agak kurang mempunyai dialog mengajak penonton untuk memahami sendiri kisahnya. Ceritanya agak perlahan pada permulaan mungkin kerana mencari apa yang istimewa tentang pembantu rumah berkenaan dan menjadi lebih fokus untuk melihatnya apabila beliau mempunyai rahsianya bagaimana untuk menghasilkan lukisan.Saturday, May 16, 2009
Selamat Hari Guru
Kepada semua guru yang sangat di sanjungi, terimalah ucapan Selamat Hari Guru. Pengorbanan para guru tetap subur dan dikenang abadi. Jasamu terpahat di hati.
Thursday, May 14, 2009
Saturday, May 9, 2009
Selamat Hari Ibu
SELAMAT HARI IBU
When I am down and, oh my soul, so weary
When troubles come and my heart burdened be
Then, I am still and wait here in the silence
Until you come and sit a while with me.
You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up, to more than I can be.
You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up, To more than I can be.
There is no life, no life without its hunger
Each restless heart beat so imperfectly
But when you come and I am filled with wonder
Sometimes, I think I glimpse eternity.
You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up, to more than I can be.
You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up, to more than I can be.
You raise me up, to more than I can be.
When I am down and, oh my soul, so weary
When troubles come and my heart burdened be
Then, I am still and wait here in the silence
Until you come and sit a while with me.
You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up, to more than I can be.
You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up, To more than I can be.
There is no life, no life without its hunger
Each restless heart beat so imperfectly
But when you come and I am filled with wonder
Sometimes, I think I glimpse eternity.
You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up, to more than I can be.
You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up, to more than I can be.
You raise me up, to more than I can be.
Subscribe to:
Posts (Atom)