Showing posts with label Malaysia Airlines. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Airlines. Show all posts

Tuesday, June 2, 2009

FY2120

FY 2120 SZB-KUA

ETD : 0745 ETA : 0845

ATD : 0748 ATA : 0820

9M-FYC ATR-72-500

Seat : 4F

Load Factor : 75%

Pintu Berlepas : 5

Anak-anak kapal : Kapten Ganesh, Muzaffar, Jaliah & Christy

Kaunter daftar masuk di T3, SZB
Pengalaman pertama kali menaiki Penerbangan Komuniti FireFly memang mengujakan. Tambahan lagi dengan menggunakan pesawat baru milik mereka iaitu ATR 72-500 yang mampu memuatkan 72 penumpang menggantikan Fokker-50 yang lebih kecil sebelum ini. Izzo menggunakan penerbangan ini hanya sehala untuk sektor SZB-KUA dengan berlepas dari Terminal 3, Subang pada waktu pagi. Suasana di T3 kelihatan menarik tetapi terdapat beberapa proses pembaikan di beberapa sudut.
Sebahagian dari T3, SZB
Sektor SZB-KUA mempunyai kekerapan laluan 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang dan sekotr sebaliknya juga. Ini selari dengan waktu pejabat dan rata-rata penumpang adalah mereka yang ulang-alik harian di antara Kuantan dan Lembah Kelang. Ini adalah lebih ideal kerana menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang yang lebih dekat dari Kuala Lumpur.

Selaku anak syarikat Malaysia Airlines, FireFly yang diklasifikasikan sebagai penerbangan komuniti tidak terkecuali menitikberatkan perkhidmatan dan layanan yang cukup mesra, profesional dan cemerlang dari anak-anak kapal walaupun tempoh penerbangan cukup singkat. Walau belepas agak lewat kerana pesawat jauh dari pintu berlepas dan terpaksa berjalan kaki agak jauh, namun tiba di Padang Geroda, Kuantan jauh lebih awal dari masa yang dijangkakan.

Sajian ringan dalam penerbangan

Pesawat ini terbang rendah hanya 15,000 ribu kaki berbanding Boeing 737-400 ataupun Airbus 320-200. Namun jerebu yang agak tebal melanda ibu kota menyukarkan untuk melihat permandangan dari udara dengan lebih jelas.

Suasana dalam pesawat ATR 72-500

Berkenaan pesawat ATR 72-500, sedikit berbeza kerana mempunyai pintu masuk untuk penumpang dari sebelah belakang sahaja manakala di bahagian hadapan adalah untuk ruangan bagasi. Tetapi pada tari itu, tidak lebih dari 10 bagasi sahaja yang dimuatkan walaupun faktor muatan agak tinggi.

Wednesday, December 17, 2008

Mumbai-Kuala Lumpur

24 & 25 November 2008

MH 195
ETD 24 Nov 2355
ETA 25 Nov 0720
ATD 25 Nov 0005
ATA 25 Nov 0710
Seat 30K
9M-MRK B777-200ER
Load Factor = 100%
Pintu Berlepas : 14

Matahari terbenam terakhir di India dihabiskan dengan melayan kesibukan kota Mumbai serta kesesakan lalulintas. Bayangkan masa yang di ambil di dalam teksi yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chharapati Shijavi (CSIA) adalah 2 jam dari Hotel Welcome walaupun jaraknya hanya 40km. Tiba di CSIA agak awal dengan hajat untuk melihat dan putar-putar di sekitar CSIA tetapi agak menghampakan kerana jauh berbeza dari KLIA kerana CSIA merupakan lapangan terbang tertutup dan hanya penumpang yang berdaftar sahaja dibenarkan masuk ke kawasan lapangan terbang.

Kawalan keselamatan di sini amat ketat dan seumpama menyelongkar keseluruhan bagasi tangan yang dibawa serta semua anggota badan secara manual meskipun telah melalui mesin pengimbas. Tidak mustahil prosedur keselamatan yang amat ketat ini adalah untuk menjamin tahap keselamatan kerana India terkenal dengan serangan pengganas.



Kedai bebas cukai di CSIA pula amat mendukacitakan kerana Izzo berhasrat untuk membeli perfume tapi malangnya hanya terdapat satu outlet perfume sahaja yang terdapat dan jenama yang diinginkan tiada di situ. Lebih menyedihkan kan menghampakan lagi, kedai bebas cukai tersebut hanya menerima US Dollar sahaja. Entah apa alasan yang munasabah penggunaan matawang tersebut sahaja dibenarkan. Ramai penumpang lain turut mengurut dan mempertikaikan masalah berikut. Maka terpaksalah menukarkan matawang Rupee yang tinggal kepada US Dollar pula dan pastinya prosedur penukaran amat ketat juga dan mengambil masa yang lama.

Pintu pelepasan MH di CSIA hanya bersebelahan dengan pesawat yang tidak akan mendarat di KUL iaitu El-Al dari Israel. Sewaktu menunggu untuk beratur untuk menaiki pesawat, terdapat ramai lagi warga India khususnya yang masih lagi tidak pandai beratur meskipun di arah untuk beratur kerana keutamaan untuk menaiki pesawat adalah kepada warga emas dan penumpang bersama keluarga dan anak-anak kecil. Perkara ini menimbulkan kekecohan sehinggakan kakitangan MH di CSIA mengarahkan mereka untuk beratur dalam satu barisan. Mungkin ini juga merupakan faktor kelewatan pesawat berkenaan akibat masa yang di ambil untuk menaiki pesawat amat lama.

Pesawat kali ini sarat dengan penumpang dan semua tempat duduk termasuk di Kelas Perniagaan di isi oleh penumpang MH sendiri dan juga penumpang Air India kerana perkongsian kod. Rata-ratanya pelancong dari India yang melancong ke Malaysia secara berkumpulan. Memandangkan sudah larut malam dan Izzo tidur sepanjang perjalanan dan sedar hanya sewaktu hidangan dan pesawat selamat mendarat di KUL 10 minit lebih awal pada jam 710 pagi.


Tiba di KUL dan terus menaiki ERL ke KL Sentral. Pada waktu pagi itu juga mata yang amat mengantuk tetapi puas mengembara di India selama 3 minggu serta seronok rasa di hati dapat kembali ke tanah air yang tercinta dan bumi bertuah bernama MALAYSIA.

Wednesday, October 29, 2008

Lapangan Terbang Mulu

MASwings beroperasi 19 kali seminggu dari Miri dan mengambil masa Selma 30 minit dengan menaiki pesawat Fokker 50.

Menunggu bagasi

Kaunter Daftar Masuk
Mesin penimbang beg

Walaupun tersorok jauh ke dalam hutan, Lapangan Terbang Mulu cantik dan bersih serta lengkap dengan kemudahan yang lain termasuk ruang orang kenamaan dan juga surau.

Ruang Orang Kenamaan

Surau


Mungkin itu adalah satu-satunya surau di Mulu memandangkan ramai kaun Penan dan Berawan yang lain menganut Kristian.

Walaupun penumpang dalam pesawat Fokker 50 hanya 50 penumpang tetapi terdapat lebih dari 120 tempat duduk di balai berlepas lapangan terbang ini.

Balai Berlepas


Apa-apa pun, I’ve been to Mulu.



Akhir sekali, Selamat tinggal MULU

Penerbangan 141, 142 & 143

X-Trail Borneo 2008...

Penerbangan 141
AK 5114
KUL BKI
10 Oct 2008
ETD 1710 ATD 1742
ETA 1940 ATA 2005
Airbus 320-200
9M-AFC

Permandangan biasa dalam AK

Pengumuman penerbangan ini lewat ketika penumpang telah memasuki pesawat melalui pintu 10. Kelewatan yang berpunca dari masalah dokumentasi menyebabkan ruang kabin pesawat Air Asia berkenaan menjadi panas akibat bukaan pintu pesawat yang terlalu lama.

Merentasi Laut China Selatan



Penerbangan 142
AK 5811
BKI MYY
11 Oct 2008
ETD 0655 ATD 0657
ETA 0750 ATA 0751
Airbus 320-200
9M-AFN


Pelepasan AK waktu pagi dari T2 BKI


Penerbangan pagi bagi sektor Kota Kinabalu-Miri ini antara yang paling awal dikendalikan oleh Air Asia hub Kota Kinabalu. Sepertimana juga Terminal Tambang Murah KLIA, bangunan Terminal 2 di Kota Kinabalu turut sesak meskipun awal pagi dengan deretan 5 pesawat.
Tiba di Miri tepat pada masanya dan mudah untuk menyambung penerbangan berikutnya.



Penerbangan 143
MH 3630
MYY MZV
11 Oct 2008
ETD 0920 ATD 0909
ETA 0950 ATA 0938
Fokker 50
9M-MGE


Going Places dan minuman ringan dalam MASwings

Pengalaman pertama bagi Izzo menaiki Pesawat MASwings ini. Mungkin hanya berubah kulit, anak kapal serta nama syarikat sahaja kerana sebelum ini pesawat Fokker 50 ini di kendalikan oleh Malaysia Airlines sepenuhnya dan juga Fly Asian Express. Kedua-dua syarikat berkenaan juga pernah Izzo terbang bersama ketika bertugas di Kota Kinabalu.
Sesuatu yang baik dan wajar dipraktikkan, apabila cukup sahaja bilangan penumpang yang berdaftar, dan mendapat kebenaran terbang, pesawat Fokker 50 ini terus terbang ke hutan Mulu dan tiba 12 minit lebih awal dari jadual walaupun tempoh penerbangan berkenaan hanya 30 minit.

MASwings

Wednesday, May 14, 2008

Ketua Pramugara Duduk Bersembang

Izzo tertarik untuk menganalisis gambar yang disertakan ini dan berkait rapat dengan dunia penerbangan yang Izzo minati. Penghargaan kepada seorang sahabat yang sempat menfokuskan gambar ini di mana pesawat yang dinaikinya pada 22 Disember 2007 dari Kuching ke Kuala Lumpur.

Semestinya pesawat berkenaan adalah Boeing 737-400 milik Malaysia Airlines dan mempunyai 5 anak kapal termasuk ketua pramugaranya. Malaysia Airlines dengan pesawat berkenaan menempatkan 2 anak kapal di kelas perniagaan termasuk ketua pramugara manakala 3 selebihnya di tugaskan di kelas ekonomi. Dalam keadaan biasa, ketua pramugara jarang sekali menjalankan tugas melayan penumpang secara langsung kerana beliau lebih menumpukan kepada tugas dokumentasi dan pengawasan kabin secara keseluruhan termasuk membuat pengumuman dalam pesawat. Namun dalam sebarang situasi dan keadaan yang mendesak, beliau turut membantu dan menjalankan tugas yang sama sebagaimana pramugara dan pramugari yang lain.


Berkenaan gambar yang disertakan, ketua pramugara berkenaan sedang berbual dengan salah seorang penumpang di kelas ekonomi. Dalam kes yang biasa, komunikasi berkenaan berlaku dalam masa yang singkat dan ringkas dan biasanya untuk memenuhi permintaan dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh penumpang. Tetapi masa yang lebih dari 5 minit memungkinkan tanggapan boleh di buat sama ada penumpang tersebut adalah sahabat, sanak saudara atau mereka yang mempunyai pertalian dengan ketua pramugara berkenaan.

Apa yang lebih mengejutkan, ketua pramugara berkenaan duduk di sebelah penumpang berkenaan dan secara kebetulan kerusi tersebut adalah kosong. Pada pandangan Izzo, yang banyak mempelajari dunia penerbangan dan mementingkan perkhidmatan yang baik dari anak-anak kapal terutamanya dari Malaysia Airlines, keadaan sebegini adalah salah sama sekali dan bercanggah dengan tatalaku seorang anak kapal dalam pesawat yang sedang bertugas sekalipun beliau mempunyai kepentingan terhadap penumpang berkenaan. Ini yang dinamakan nilai, etika dan integriti dalam perkhidmatan.


Izzo bukannya berkhidmat dengan Malaysia Airlines untuk memberikan jawapan dan komen yang lebih lanjut namun perkara yang berlaku sebegini membangkitkan soal realiti dan integriti “The Best Cabin Crew In The World” yang cukup sinonim dengan Malaysia Airlines.

Ini adalah sekadar analisis gambar dari pandangan Izzo yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.