14 & 15 Oktober 2008
MC14
Pendakian seramai 5 orang dalam kumpulan ini menggunakan laluan Mesilau-Puncak-Timpohon.
Lada & Izzo tengah basah kuyup
Farid & Lada @ KM5
Kumpulan kami memakai kod MC14. Perjalanan mendaki bermula jam 9.30 pagi dan Izzo bersama Lada dan Farid tiba di Laban Rata jam 2.50 petang dengan berhadapan 3 kali hujan lebat. Ini juga antara faktor untuk kurang mengambil gambar sepanjang pendakian.
Suhu pada jam 4.30pm menunjukkan 9-10 celcius dan suhu berkenaan tidak lagi dianggap sejuk bagi Izzo kerana berjaya membuka baju sepenuhnya lebih dari 20 minit.
Laban Rata
Pakej lengkap dari Sutera Sanctuary Lodge iaitu penginapan dan 4 kali makan sebanyak RM213 kini membuatkan semua pendai tidak perlu lagi membawa bekalan tambahan yang hanya memberatkan beg.
Makan Malam di Laban Rata
OK, Pendakian seterusnya bermula jam 3 pagi dari Laban Rata menuju ke Puncak Low dan Izzo sampai di puncak tepat jam 5.30 pagi sebelum sang suria memencarkan sinarnya pada pagi berkenaan.
Suhu awal pagi di ketinggian 3080 meter
Perjalanan mendaki paling indah yang Izzo hadapi kali ini kerana sepanjang pendakian pada awal pagi berkenaan bulan purnama Syawal begitu cantik dan seolah-olah menggamit semua pendaki. Tetapi dengan keadaan tangan yang terlampau sejuk pada suhu sekitar 2 celcius menyebabkan ingatan indah tersebut hanya tersemat dalam kotak fikiran.
Bulan Purnama Syawal @ Kinabalu
Matahari Terbit 15 Okt
Puncak Low
Puncak Selatan
Puncak Low
Sama seperti RM1
Kali ini penurunan dari Puncak ke Timpohon adalah amat lancar dan Izzo hampir langsung tiada kesakitan yang dialami di kaki. Mungkin teknik berjalan pantas dan berlari berjaya diaplikasikan.
Pendakian Kinabalu memerlukan semua kumpulan pendaki menempah dengan lebih awal di Sutera Sanctuary Lodge kerana hampir setiap hari di penuhi oleh pendaki tempatan dan antarabangsa. Tempat yang terhad hanya untuk 146 pendaki sehari seeloknya di kekalkan bagi menjaga Tapak Warisan Dunia yang pertama di Malaysia ini.
Persiapan yang rapi juga diperlukan untuk ketahanan fizikal dan juga mental kerana ada pada ketikanya hanya semangat yang masih tinggal untuk terus mendaki di samping kekurangan oksigen.
Pastinya pendakian Kinabalu kali ini membuatkan Izzo semakin sayang dengan Kinabalu selamanya.
2 comments:
Zamz dah rasa hujan kat trek masa naik kinabalu tahun lepas...
banyak plak anak tangga kat trek mesilau skang... tahun lepas xderk la gini punya banyak...
tahun depan gi lagi...
gunung kinabalu mmg cantek kan..masa naik tu kejap ujan kejap panas, sekitar tawon 2002, tapi tak ingat bulan baper..itulah kali pertama naik dan kali terakhir, tak koser nak naik lagik he he..serik den..wakakkaka
Post a Comment