Showing posts with label Air Asia. Show all posts
Showing posts with label Air Asia. Show all posts

Monday, February 16, 2009

KLIA (LCCT)-Polonia-Berastagi

Masuk kali ini, 4 kali berturut-turut Izzo mengunjungi negara jiran, Indonesia. Biasanya, 3 tahun kebelakangan ini lawatan ke Indonesia pada cuti Tahun Baru Cina, tetapi pada tahun 2009 Izzo melawat negara berkenaan seminggu selepas cuti berkenaan.

Hampir setiap bahagian di Indonesia telah pun dilawati sebelum ini iaitu Nunukan, Tarakan, Balikpapan dan Samarinda di Kalimantan. Jakarta, Bogor, Bandung, Yogjakarta dan Solo di Pulau Jawa serta pulau terkenal di Indonesia iaitu Bali. Pada tahun ini pula, Izzo berkesempatan untuk melawat Sumatera Utara dengan Medan, Berastagi dan Danau Toba menjadi destinasi.

Sekali lagi, Izzo bertuah kerana berjaya mendapatkan tiket percuma dengan menaiki syarikat penerbangan tambang murah terkenal di rantau Asia iaitu Air Asia. Kali ini, Izzo menaiki Indonesia Air Asia dengan pesawat QZ 8055 dengan tempat duduk 28A. Ya, kali pertama menaiki Air Asia dengan mengamalkan tempat duduk yang telah ditetapkan dan ini hanya untuk penerbangan QZ sahaja. Waktu berlepas dari Terminal Tambang Murah, Kuala Lumpur adalah pada jam 1.00 tengah hari dan tiba di Bandar Udara (Bandara) Polonia, Medan pada jam 12.55 tengah hari. Oleh kerana Waktu Indonesia Barat (WIB) lewat satu jam dari waktu di tanah air, dan pesawat berkenaan hanya mengambil masa 55 minit, pesawat yang Izzo naiki mendarat sebelum waktu berlepas.

Penempatan Sumatera Utara dan pandangan udara

Indonesia yang Izzo dapat ambil pengajaran dari lawatan-lawatan sebelum ini, terlalu ramai penipu yang suka mengambil kesempatan terhadap pariwisata antarabangsa tidak terkecuali dari Malaysia meskipun dapat bertutur dalam rumpun bahasa yang sama. Tak sampai satu jam menjejakkan kaki di Sumatera Utara telah ada penipu iaitu pemandu teksi dimana pemandu teksi berkenaan meminta tambang sebanyak RM20 seorang memandangkan Izzo menaiki bersama 2 rakan yang lain walaupun perjalanan menaiki teksi berkenaan hanya 3-4km sahaja. Tanpa mempedulikan pemandu penipu berkenaan, kami bertiga hanya membayar Rp 50,000 atau bersamaan, RM 16 sahaja untuk semua dan terus meninggalkan pemandu penipu berkenaan. Secara logik akal, tiada tambang teksi dalam jarak berkenaan dengan harga RM60 di Malaysia.

Terus menaiki bas ke Berastagi yang jaraknya 70 km dari Medan dan mengambil masa kira-kira 1 setengah jam. Tambang seorang adalah Rp8,000 sahaja. Jalan berliku-liku memang menyeronokkan dan dapat melihat sendiri masyarakat tempatan yang majoritinya suku Batak berniaga di sepanjang jalan. 2 rakan yang lain, sedap diulik perasaan sambil memejamkan mata dan tidur bagai nak rak sepanjang perjalanan. Hebat sekali melihat aksi oleh konduktor bas berkenaan yang begitu berani dan boleh memanjat bas berkenaan ketika bas sedang bergerak ketika di selekoh.

Berastagi merupakan daerah yang dingin (1330m) dan terletak Tanah Tinggi Karo. Pekan ini terkenal dengan 2 objek wisata alam iaitu Gunung Sibayak (2172m) dan Gunung Sinabung (2417m). Kami hanya menyaksikan permandangan 2 gunung berapi yang terkenal berkenaan dengan hanya berjalan kaki selama 30 minit ke Bukit Gundaling yang hanya bersebelahan di pekan Berastagi.

Bunga-bunga Carnation di Berastagi

Izzo dan Gunung Sinabung di atas Bukit Gundaling

Aksi pelik 2 ekor anjing

Suhu yang dingin pada waktu malam di Pekan Berastagi menyebabkan kami hanya berada di kawasan Wisma Sibayak Guest House sahaja memandangkan kepenatan perjalanan sepanjang hari. Lebih menarik jika mendaki Gunung Sibayak kerana kebanyakkan pariwisata asing mendaki gunung tersebut.

Izzo di Pekan Berastagi dan Gunung Sibayak

p/s : Terima kasih Jue Daniel. Gunung Sinabung dan bukannya Gunung Sibanung

Wednesday, October 29, 2008

Penerbangan 141, 142 & 143

X-Trail Borneo 2008...

Penerbangan 141
AK 5114
KUL BKI
10 Oct 2008
ETD 1710 ATD 1742
ETA 1940 ATA 2005
Airbus 320-200
9M-AFC

Permandangan biasa dalam AK

Pengumuman penerbangan ini lewat ketika penumpang telah memasuki pesawat melalui pintu 10. Kelewatan yang berpunca dari masalah dokumentasi menyebabkan ruang kabin pesawat Air Asia berkenaan menjadi panas akibat bukaan pintu pesawat yang terlalu lama.

Merentasi Laut China Selatan



Penerbangan 142
AK 5811
BKI MYY
11 Oct 2008
ETD 0655 ATD 0657
ETA 0750 ATA 0751
Airbus 320-200
9M-AFN


Pelepasan AK waktu pagi dari T2 BKI


Penerbangan pagi bagi sektor Kota Kinabalu-Miri ini antara yang paling awal dikendalikan oleh Air Asia hub Kota Kinabalu. Sepertimana juga Terminal Tambang Murah KLIA, bangunan Terminal 2 di Kota Kinabalu turut sesak meskipun awal pagi dengan deretan 5 pesawat.
Tiba di Miri tepat pada masanya dan mudah untuk menyambung penerbangan berikutnya.



Penerbangan 143
MH 3630
MYY MZV
11 Oct 2008
ETD 0920 ATD 0909
ETA 0950 ATA 0938
Fokker 50
9M-MGE


Going Places dan minuman ringan dalam MASwings

Pengalaman pertama bagi Izzo menaiki Pesawat MASwings ini. Mungkin hanya berubah kulit, anak kapal serta nama syarikat sahaja kerana sebelum ini pesawat Fokker 50 ini di kendalikan oleh Malaysia Airlines sepenuhnya dan juga Fly Asian Express. Kedua-dua syarikat berkenaan juga pernah Izzo terbang bersama ketika bertugas di Kota Kinabalu.
Sesuatu yang baik dan wajar dipraktikkan, apabila cukup sahaja bilangan penumpang yang berdaftar, dan mendapat kebenaran terbang, pesawat Fokker 50 ini terus terbang ke hutan Mulu dan tiba 12 minit lebih awal dari jadual walaupun tempoh penerbangan berkenaan hanya 30 minit.

MASwings