Selesai sarapan pagi di Wisma Sibayak Guest House, Izzo dan rakan-rakan menaiki van yang di sewa khas untuk ke Parapat iaitu jeti ke Pulau Samosir di tengah-tengah Danau Toba. Selepas melupakan insiden memarahi pemandu teksi durjana hari sebelumnya, kami berangkat dari Berastagi dengan hati yang cukup gembira kerana layanan baik oleh Wisma Sibayak Guest House. Tak cukup dari itu, pemilik Guest House berkenaan turut mencadangkan agar kami singgah di tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan di antara Berastagi ke Parapat yang mengambil masa selama 3 jam.
Singgah di Kg. Dokan selama 10 minit, kampung tersebut merupakan desa yang memiliki hanya 8 rumah tradisional yang dibangunkan pada tahun 1933. Di sini juga dapat dilihat rumah tradisional suku Batak Karo. Maaf, tak dapat nak masuk ke rumah di sebabkan faktor tertentu (Izzo malas nak masuk sebenarnya). Sekali lagi, seni bina rumah-rumah di Indonesia cukup menarik terutamanya di bahagian bumbung/ atap. Adalah dinasihatkan kepada pariwisata untuk membayar saguhati kepada pemilik rumah jika berhajat untuk masuk ke dalam rumah. Jangan risau, mereka semua peramah.

Hari terakhir beg kamera bersama tuannya
Perjalanan diteruskan dan singgah di Taman Wisata Alam Tongging. Agak pelik namanya tapi tempatnya membuatkan mulut tersenyum sampai kaki pun penat memanjat 300 anak tangga. Dari puncak Tongging, terdapat permandangan Utara Danau Toba yang memang menyedapkan mata dan juga Air Terjun Sipiso-piso setinggi 120meter. Seronok melihat air terjun berkenaan dari Tongging tetapi lebih menarik jika dilihat dengan lebih dekat dan turun ke bawah.

Bahagian Utara Danau Toba dati puncak Tongging
Pelangi muncul di Air Terjun Sipiso-piso
Persinggahan ketiga dalam perjalanan ini merupakan objek wisata budaya iaitu Istana lama Raja Simalungun. Tempat ini merupakan tapak pemerintahan raja berkenaan serta kaum kerabatnya yang kini hampir keseluruhan keturunannya telah berada di dalam kubur yang terletak bersebelahan.
Istana yang kini dijadikan objek wisata budaya
Rumah penyimpanan mayat sebelum dikebumikan
Bahagian dalam rumah
Tiada lagi persinggahan selepas itu dan pemandu van yang bernama Eric membawa kami meneruskan perjalanan ke Parapat dengan melalui kawasan banjaran Karo dan hutan pine bahagian timur Danau Toba. Permandangan sepanjang laluan yang berliku ini juga membuatkan penumpang van yang lain terhoyong-hayang kepalanya akibat tidur.
2 comments:
terbalik le ayat tu.. bukan "terhoyong-hayang kepalanya akibat tidur" tapi "tidur/pura2 tidur sebab pening akibat terhoyong hayang" :P
giler marbeles waterfall tuh... teruja sehhhh
Post a Comment