Tuesday, February 3, 2009

Tanjung Piai

Meninggalkan Kota Johor Lama di daerah Kota Tinggi, Izzo terus ke Pontian dan sempat singgah di Bandaraya Johor Bahru. Berlegar-legar di Sungai Segget di sekitar Pusat Bandaraya Johor Bahru tapi tak dapat mencari di manakah sungai berkenaan. kemudian diteruskan ke Danga Bay yang terkenal di sana tetapi tak banyak yang boleh dilihat kerana banyak proses penambahbaikan.

Tiba di Pontian Kechil pada jam 6.00 petang dan terus ke Tanjung Piai yang terletak di dalam Taman Negara Johor. Izzo tiba agak lewat dan menjadi pelawat terakhir pada petang berkenaan. Nasib tidak menyebelahi untuk masuk ke Taman Negara Johor memandangkan persekitaran tidak mengizinkan dan dinasihatkan untuk melawatnya pada keesokkan hari.Kini, usaha yang diambil oleh pihak berwajib sama ada Kerajaan Negeri Johor atau Kerajaan Persekutuan membangunkan bumi bertuah bernama Tanjung Piai sangat dipuji kerana tempat ini merupakan kawasan tarikan pelancong. Tanjung Piai merupakan tanah paling selatan di benua Asia dan hari ini menjadi tempat tumpuan pengunjung bukan sahaja untuk warga tempatan, Asia malahan dari benua lain.

Sebuah mercu tanda dibina Taman Negara Johor bagi menandakan "Tanah Terselatan Benua Asia" yang dibina pada 2001. Sekali lagi nasib kurang baik bila masuk ke dalam Taman Negara kerana ditutup disebabkan kerja-kerja penampahbaikan. Kepada pelawat yang bercadang untuk melawat mercu tanda ini dalam tempoh sebulan dinasihatkan memikirkannya untuk kali kedua kerana mungkin kawasan mercu tanda ini masih ditutup.

Namun, pada pagi berkenaan Izzo menjadi orang terawal yang masuk ke Taman Negara Johor mungkin untuk membalas dendam akibat menjadi pelawat terakhir hari sebelumnya. Pada waktu itu juga, tiada pelawat lain yang mengunjungi tempat ini. Izzo mengambil risiko untuk di marahi atau mungkin juga di saman oleh pihak pengurusan Taman Negara Johor untuk masuk ke kawasan mercu tanda sekaligus menandakan tanah terselatan di benua Asia. Memang berisiko kerana kawasan berkenaan dipagar untuk menghalang kepada pengunjung masuk ke dalam.

Ya, Izzo berjaya menempatkan diri di tanah paling terselatan di benua Asia meskipun dalam hati yang gelisah. Sekejap sahaja Izzo berada di sini. Dari pelantar ini juga dapat melihat permandangan Pulau Singapura dan juga kesibukan kapal-kapal dagang memasuki Selat Johor yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Singapura.


Di Tanjung Piai juga terdapat jeti khas untuk pemancing dan pelantar untuk menikmati tiupan angin di Selat Melaka, Selat Johor dan Laut Tebrau. Jika cuaca baik, dapat melihat Pulau Sumatera di Indonesia. Sumatera... Di situ juga letaknya MEDAN, DANAU TOBA & BERAS TAGI.

3 comments:

Anonymous said...

Cerita pada member² bukan depa faham.

Tanjung Piai sangat istimewa.

Unknown said...

salam, tumpang singgah..lawa eh ambik gambar...tanjung piai mmg best tp..

Kman said...

Aiseh!! Sg Sengget cuma seberang jalan CS jer Izzo tp dah kena tutup la jd laluan pejalan kaki.

Sblm ke Tg Piai tu, singgah tak makan kat Mandella?? Umph!!! Makanannya "meriah" dan harga pun OK.