Lawatan di Kaherah antaranya melawat Muzium Mesir yang menyaksikan ramai sekali pengunjung asing mula berbaris sejak awal pagi. Namun kekesakan penunjung dan ditambah dengan susunan artifak yang terlalu banyak menyebabkan "dah tak larat nak tengok" patung-patung purba di Mesir. Bayaran khas turut juga dikenakan untuk melihat mumia Firaun iaitu sebanyak 100 pound. Memandangkan Izzo pernah melihat mumia berkenaan ketika di Aichi, Jepun pada 2005, jadi tak perlu untuk beratur dan membayar sekian wang untuk melihatnya lagi.
Sphinx depan Muzium pun berhidung patah
Beberapa siri lawatan di Cairo kami dibawa ke Masjid Sultan Hassan yang dibina pada tahun 1356 yang menyaksikan 4 kelas iaitu Maliki, Hanafi, Hanbali dan Syafie dan wujudnya 4 mazhab hingga kini. Izzo sempat menunaikan Solat Jumaat di Masjid ini dan Imamnya mengikut Mazhab Syafie pada ketika itu. Sebelah masjid berkenaan yang terletak kurang dari 20 meter antara satu sama lain dalam pagar yang sama turut ada masjid lain El-Rafei yang turut mempunyai jemaah menunaikan Solat Jumaat. Malahan dikawasan sekeliling terdapat 5 lagi masjid. Sememangnya terlalu banyak masjid di sini dan menyaksikan sana-sini adalah menara masjid. Sesuai dengan jolokan Kaherah sebagai Kota Seribu Menara.Kami turut melawat Masjid Hussien yang hanya bersebelahan dengan Masjid Al-Azhar serta Bazaar Khan Khalili, tempat beli-belah barangan cenderamata di kalangan pelancong ke Kaherah ini. Pastinya mereka mengenali pelancong Malaysia dan juga mahir berbahasa Melayu walaupun beberapa ayat sahaja yang mereka faham. Masjid Al Shafie turut dilawati dan menyaksikan Makan Imam Syafie di situ serta tapak kaki baginda Rasulullah S.A.W.
Bersama bonda depan Makan Imam Syafie
Tapak kaki Baginda Rasulullah S.A.W
Perjalanan di sekitar Cairo turut melihat bagaimana kota tua yang bersejarah ini masih mengekalkan identiti bangunannya yang kekal hingga hari ini. Sejarah lama kota ini amat hebat dan menyaksikan tempat perkembangan para ilmuan serta ulama dan masih menjadi rujukan.
Kami tak terlepas melawat Citadel, kubu perang di Kaherah serta Masjid Muhammad Ali atau Masjid Ali Pasha yang merupakan Masjid yang tercantik di Mesir. Masjid ini mempunyai senibina yang hampir sama dengan Masjid Biru di Istanbul, Turki berikutan arkitek yang sama. Sememangnya Masjid ini amat cantik cuma disekelilingnya dipenuhi oleh debu-debu yang terlalu banyak berterbangan. Terletak di atas bukit dan Izzo berpeluang menyaksikan panorama kota Kaherah walaupun tak sepenuhnya jelas.
Masjid Ali Pasha @ Citadel
Unknow Soldier Memorial dan Makam Anwar Sadat tak terlepas dilawati dalam siri lawatan ini.
Yer, Izzo terpegun dengan sejarah Kaherah yang sememangnya menjadi bukti awal Zaman Kegemilangan Ketamadunan Manusia. Cuma, rakyatnya perlu menghayati kekayaan sejarah yang dimilikinya. Kini, kelihatan mereka semakin terhimpit diantara sejarah lama dan dunia kontemporari.
Depan Makam Anwar Sadat
Dataran depan Makam
Malam hari di Kaherah, Izzo berjalan-jalan suka menikmati kesejukan kota Kaherah dengan Bonda dan Ayahanda walaupun beliau menggunakan kerusi roda. Bangunan di sekitar downtown seperti kota Paris tetapi penjagaan dan pemeliharaan yang kurang menyebabkan nampak lebih berserabut ditambah dengan sikap pemandu yang suka membunyikan hon dan tidak mengikuti isyarat jalan raya. Hiruk pikuk juga kota ini.
3 comments:
seronok membaca perjalanan ke cairo, berapa ye kos ke sana. teringin sebenarnya nak mengembara melihat dunia. insyaallah kalau anak-anak akak dah besar kot. Akak dah baca edensor mmg satu hasil karya yang berbaloi dibaca. cuba izzo baca, olahan cerita dan gaya bahasa yang memikat.
betul la rita.. sronok bca ctatan prjalanan yg ditulis. mmg brbakat. no wonder bleh jd pnulis jmputan di bminggu.
ermm.. bertuahnya seorang izzo :) moga ALLAH mluaskan rezeki kami juga :):):)
tq share ..saya pun teruja dengan catatan perjalanan ni..:)) sonotnyeee
Post a Comment