"Sebelum aku kesini ada 2 hal yang aku kagum dengan Mesir iaitu Al-Azhar dan Sungai Nil. Kerana tanpa Sungai Nil tiadalah Mesir dan tiadalah Al-Azhar. Aku juga suka Sungai Nil kerana tanpa Sungai Nil tiadalah peradaban dan tiadalah Mesir. Yang ada hanyalah gurun pasir. Aku rasa Sungai Nil dan Mesir itulah jodoh kerana yang diberikan Tuhan".
Itulah antara ungkapan dalam sebuah filem yang pernah Izzo minati beberapa tahun lalu.
Paling manis Izzo menaiki bot dengan bonda sebelum matahari terbenam. Ayahanda lebih suka menonton rancangan TV Mesir di dalam bilik dan hanya kami berdua bersiar-siar di sekitar Kaherah. Pada malam itu juga, kami ditawarkan untuk menaiki cruise Sg. Nil sambil menikmati makan malam serta pertunjukan tarian Mesir tetapi kami tidak memilihnya.
Menyusuri Sg. Nil dengan menaiki bot di hadapan Hotel Hilton di Kaherah terasa puas dengan angin senja yang mula terasa kesejukannya. Memang ramai sekali warga Kaherah serta pelancong asing yang santai menyaksikan matahari terbenam di sepanjang sungai. tetapi kami di atas bot pada ketika itu.
4 comments:
Sg Nil.-. sama tidak agaknya sebagaimana digambarkan dlm novel AYAT AYAT CINTA ek!
Canteknya...betuah dah sampai ke sana kan..entah bila giliran sy..
ade sket nak tambah ..ni dari ungkapan filem ayat2 cinta hehe..
jodoh itu rahsia tuhan..:))
izzo, akak dapat surat jemputan, izzo hantar ye oooo patutlah dulu minta alamat akak ingat nak dpt cenderamata, rupa-rupa lagi istimewa tapi maaf akak tak boleh datang sebab akak nak balik johor lama dah tak bawak anak-anak ziarah kubur.Anyway, terima kasih banyak-banyak sebab ingat nak jemput akak. semoga bahagia ke anak cucu. Amin.
Post a Comment