Sabtu, 3 November 2012
Lokasi = Sungai Han, Korea
Jarak = 10km
Suhu = 1 darjah
Masa = 30 minit
Dengan suhu 1 darjah sewaktu musim luruh dan ditambah tiupan angin, membuatkan tangan mula membeku. Tetapi dengan aktiviti berbasikal ia mampu untuk memanaskan badan dan sekaligus mengurangkan rasa dingin.
4 batang sungai yang ternama di Korea kini semakin mudah untuk dilawati dengan hanya berbasikal. Aktiviti ini mula giat dipromosikan untuk menarik minat penggemar sukan berkenaan dan pencinta alam sekitar bagi mengenali Korea dari pandangan yang berbeza.
Asalnya adalah laluan keretapi tetapi setelah laluan itu ditutup dan tidak lagi beroperasi, Korea menukarkannya kepada aktiviti yang lebih bermanfaat iaitu laluan berbasikal dan sekaligus menjadikan aktiviti basikal seiring dengan sungai.
rel keretapi yang masih kelihatan
Jika di tanah air, laluan keretapi sebegini boleh didapati di Sungai Padas, Sabah diantara Tenom dan Beaufort. Kita boleh bayangkan laluan keretapi, sungai dan juga bukit-bukau.
Laluan basikal, Izzo, Sungai Han dan Bukit bukau
Walaupun jarak diambil hanya 10km tetapi dengan anggota kumpulan yang ramai dan banyak kali berhenti, ini menjadikan masa yang diambil hampir 30 minit. Itu tidak mendatangkan masalah kerana Izzo enjoy dengan aktiviti ini dan dapat menikmati permandangan indah sepanjang laluan.
ahli kumpulan
singgah di pusat pemuliharaan sungai




No comments:
Post a Comment