Isnin, 5 November 2012
Cheonggye Mt., Seoul
583 Meter
Gunung ini tak tinggi mana, tidak juga sesukar mana, tetapi mendaki gunung dengan kumpulan seramai 20 peserta dan ada di kalangan peserta tidak pernah mendaki gunung, jadi masa yang lama di ambil. Itu tidak menjadi masalah kerana masa bukan ukuran kerana kami berpeluang untuk menikmati permandangan musim luruh dalam hutan ketika mendaki Cheonggye ini.
Semua peserta dibekalkan dengan kasut mendaki jenama Korea. Tentunya mahal kasut ini kerana hanya perlu di pusingkan butang untuk mengetatkan. Rasanya kasut sebegini ada dijual tapi Izzo belum nampak lagi ia dijual kerana selaku peminat tegar barangan Nike, Izzo tak pernah nampak lagi kasut sebegini.
Kasut ini dicemburui oleh wanita kerana kasut lelaki lebih menarik katanya.
Kasut ini dicemburui oleh wanita kerana kasut lelaki lebih menarik katanya.
Kumpulan besar dipecahkan kepada 4 kumpulan dan 5 orang setiap kumpulan. Kami namakan Ganghan, dalam Bahasa Korea yang membawa maksud Power.
Ganghan, Go! Go! Go!
Anggota Ganghan tak ada masalah mendaki kerana semuanya kuat-kuat. Setiap kumpulan juga perlu ada warna temanya dan kami memilih warna oren sebagai warna rasmi. Tetapi memandangkan cuaca masih sejuk ketika awal pendakian, jaket tak dapat dibuka dan nampak warna hitam sahaja.
Memang betul sepanjang pendakian kami menikmati suasana musim luruh dalam hutan ini. Banyak tanda amaran kepada pengunjung supaya berwaspada kepada ancaman api. Ini mungkin diakibatkan oleh cuaca yang panas melampau dan juga puntung rokok yang dibuang.
Perjalanan bermula sekitar jam 10 pagi selepas senaman dan regangan. Cuaca dingin menyelubungi pada awal pendakian. Lama kelamaan, badan mula terasa panas. Baju berlapis-lapis mula ditanggalkan. Ada yang sudah berpeluh. Tapi tak lama kerana suhu dingin yang menyucuk menyebabkan mereka yang tanggal baju panas mula menyarungkannya semula.
Ketika rehat semasa pendakian, ada juga permainan dan pertandingan antara kumpulan untuk rasa lebih meriah. hahahaha. Pertandingan lompat getah dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberi cubaan sebanyak 3 kali. Pastinya kumpulan kami yang menang dan melompat paling banyak.
Ketika rehat semasa pendakian, ada juga permainan dan pertandingan antara kumpulan untuk rasa lebih meriah. hahahaha. Pertandingan lompat getah dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberi cubaan sebanyak 3 kali. Pastinya kumpulan kami yang menang dan melompat paling banyak.
OK, ready untuk melompat.
Marzita yang depan melompat awal sangat.
Selang beberapa lama, tanda-tanda hujan akan turun jelas kelihatan. Maka terpaksa disimpan kamera dalam beg dan mula untuk memakai baju hujan. Khabarnya suhu akan menjadi lebih sejuk.
Pendakian Gunung Chonggye ni tidaklah susah mana kerana Izzo seronok melihat suasana yang berbeza dengan mana-mana gunung di Malaysia, tambahan lagi musim luruh sebegini.
Anak tangga yang ke 1,000
Sebelum tiba di puncak, hujan turun agak dengan agak lebat ditambah dengan angin yang bertiup sejuk. Nah!!! rasakan sejuk. Kami sempat makan nasi yang dibalut dengan rumpai laut umpama sushi versi besar. Lapar dan sedap juga rasanya.
Kalungan pingat sebagai tamat pendakian




No comments:
Post a Comment