Sunday, November 25, 2012

Teh hijau dan kepingan emas

Sebelum keluarga angkat Izzo membuka segala koleksi seramik yang beliau kumpul, Mr. Lee sempat memberikan Izzo merasa air teh hijau bersama kepingan emas. Serbuk teh hijau bersama kepingan emas ini yang seberat 50gram berharga lebih USD 300. Jadi rasanya inilah minuman yang paling mahal Izzo pernah rasa sepanjang hayat.


Untuk menikmati rasa air teh hijau yang lebih sempurna, serbuk halus diperlukan dan sekali lagi serbuk berkenaan ditapis dengan penapis khusus. Dari situ terdapat kepingan emas yang dilarutkan bersama apabila kacau kelak.
Beberapa kepingan emas dan Bahulu dari Malaysia

Serbuk teh dan emas dikacau dengan air panas.

Tangan perlu kacau dengan pantas teh berkenaan untuk memastikan ia larut secara keseluruhan kerana jika tangan bergerak perlahan, mungkin ada teh yang tidak sebati dan tidak larut dalam air panas. Kacau sehingga terbit buih yang memenuhi seramik berkenaan
Masa untuk menikmati minuman paling mahal.

Cara bersosial masyarakat lama Korea, hanya semangkuk teh ini dan diminum beramai-ramai secara bergilir-gilir. Pastikan mangkuk seramik itu tidak  bergerak kedudukannya dan kita tahu di mana posisi mulut masing-masing. Mangkuk yang Izzo hirup ini dikongsi 3 bersama Mr. Lee dan Sang Won, anak sulung lelakinya.

3 kali Izzo menikmati teh hijau emas ini dan khabarnya ia akan membantu proses penghadaman dan meneutralkan perut.

Susah nak rasa pengalaman sebegini

No comments: