Sabtu & Ahad, 3 dan 4 November 2012
Alhamdulillah, Izzo dapat juga keluarga angkat di Seoul, Korea Selatan ini. Selesai aktiviti berbasikal di tebing Sungai Han, Izzo ditemukan dengan keluarga angkat di Seoul. Mr Lee Bong Woo dari daerah Gangnam. Daerah untuk orang-orang kaya di Seoul dan pastinya satu dunia tahu Gangnam akibat fenomena lagu Gangnam Style. Memang di Gangnam tempat orang kaya-kaya yang obses terhadap fesyen dan barang berjenama.
Walaupun Izzo tinggal hanya 1 malam bersama keluarga ini, Mr Lee sempat bawa dan berjalan-jalan di sekitar Gangnam termasuk COEX Mall. Beliau tahu apa yang halal dan haram dan apa yang boleh dan tidak boleh di makan oleh penganut Islam. Kami makan di restoren yang hanya menghidangkan makanan laut dan sayur-sayuran. Bibimbap juga yang Izzo pilih. Sepanjang di Korea, Izzo tidak hadapai masalah dengan makanan di sini walhal lebih suka kerana rata-ratanya berkhasiat dan banyak sayur.
Mr. Lee ni punyalah baik hati orangnya. Bapa kepada 2 orang anak lelaki ini sangat minat membaca dan juga mengumpul seramik dari merata dunia. Bukan sekadar seramik yang beliau kumpul, kerana beliau mengenali siapa yang membentuk seramik tersebut. Semua seramik koleksinya terdapat tandatangan pembuatnya. Tak hairan kerana ada di antara seramik tersebut berharga lebih dari USD1,000.00. Yang paling mengharukan, beliau turut menghadiahkan sebentuk seramik koleksi kesayangannya kepada Izzo. Berat hati juga nak terima tapi apakan daya, orang memberi kita terima.
Mr Lee bersama seramik kesayangan
Sejak setahun yang lalu, keluarga ini menyimpan hasrat untuk melawat Malaysia.Khabarnya Malaysia cantik umpama syurga terutama pantai-pantai dan pulau yang cantik di sini. Berkemungkinan tahun hadapan beliau sekeluarga akan melawat Malaysia.
Anak bujang sulung, Lee Sang Won diajar pakai kain sarong
Keluarga Mr. Lee
Menu sarapan pagi yang berkhasiat
Pagi esoknya, Izzo dibawa berjalan-jalan keliling Seoul dan melawat perkampungan tradisional Korea dicelah-celah kemodenan bangunan pencakar langit.
Insya'Allah jika Izzo ke Seoul lagi, Izzo akan mengunjungi beliau lagi. Terima kasih Mr. Lee.
No comments:
Post a Comment