Autumn in my heart !!
Tidak dapat dinafikan musim luruh antara musim yang cantik dan paling sesuai untuk berjalan. Meskipun suhu dingin tapi masih sesuai untuk bergerak. Korea yang giat mempromosikan pelancongan 4 musim terutamanya di negara Asia Tenggara memang berkesan kerana permandangan musim luruh di Korea memang cantik.
Izzo tiba di Korea ketika daun sedang berwarna kuning, emas, merah, purple dan juga kehijauan. Daun-daun yang sedang menunggu masa untuk gugur. Tiba saat pulang ke tanah air, sebahagian daun telah gugur dan menunggu musim sejuk dan dijangkakan salji mulai turun awal Disember di Korea.
Sememangnya kawasan taman dan kawasan luar bandar di Korea lebih cantik mencari gambar terbaik ketika musim luruh ini. Tak perlu gambar bangunan dan kenderaan yang mencacatkan permancangan indah ini.
Berjalan ketika musim luruh
Musim buah pisang kaki ketika ini.
pancaran matahari di sebalik daun kemerahan










No comments:
Post a Comment