Monday, February 16, 2009

KLIA (LCCT)-Polonia-Berastagi

Masuk kali ini, 4 kali berturut-turut Izzo mengunjungi negara jiran, Indonesia. Biasanya, 3 tahun kebelakangan ini lawatan ke Indonesia pada cuti Tahun Baru Cina, tetapi pada tahun 2009 Izzo melawat negara berkenaan seminggu selepas cuti berkenaan.

Hampir setiap bahagian di Indonesia telah pun dilawati sebelum ini iaitu Nunukan, Tarakan, Balikpapan dan Samarinda di Kalimantan. Jakarta, Bogor, Bandung, Yogjakarta dan Solo di Pulau Jawa serta pulau terkenal di Indonesia iaitu Bali. Pada tahun ini pula, Izzo berkesempatan untuk melawat Sumatera Utara dengan Medan, Berastagi dan Danau Toba menjadi destinasi.

Sekali lagi, Izzo bertuah kerana berjaya mendapatkan tiket percuma dengan menaiki syarikat penerbangan tambang murah terkenal di rantau Asia iaitu Air Asia. Kali ini, Izzo menaiki Indonesia Air Asia dengan pesawat QZ 8055 dengan tempat duduk 28A. Ya, kali pertama menaiki Air Asia dengan mengamalkan tempat duduk yang telah ditetapkan dan ini hanya untuk penerbangan QZ sahaja. Waktu berlepas dari Terminal Tambang Murah, Kuala Lumpur adalah pada jam 1.00 tengah hari dan tiba di Bandar Udara (Bandara) Polonia, Medan pada jam 12.55 tengah hari. Oleh kerana Waktu Indonesia Barat (WIB) lewat satu jam dari waktu di tanah air, dan pesawat berkenaan hanya mengambil masa 55 minit, pesawat yang Izzo naiki mendarat sebelum waktu berlepas.

Penempatan Sumatera Utara dan pandangan udara

Indonesia yang Izzo dapat ambil pengajaran dari lawatan-lawatan sebelum ini, terlalu ramai penipu yang suka mengambil kesempatan terhadap pariwisata antarabangsa tidak terkecuali dari Malaysia meskipun dapat bertutur dalam rumpun bahasa yang sama. Tak sampai satu jam menjejakkan kaki di Sumatera Utara telah ada penipu iaitu pemandu teksi dimana pemandu teksi berkenaan meminta tambang sebanyak RM20 seorang memandangkan Izzo menaiki bersama 2 rakan yang lain walaupun perjalanan menaiki teksi berkenaan hanya 3-4km sahaja. Tanpa mempedulikan pemandu penipu berkenaan, kami bertiga hanya membayar Rp 50,000 atau bersamaan, RM 16 sahaja untuk semua dan terus meninggalkan pemandu penipu berkenaan. Secara logik akal, tiada tambang teksi dalam jarak berkenaan dengan harga RM60 di Malaysia.

Terus menaiki bas ke Berastagi yang jaraknya 70 km dari Medan dan mengambil masa kira-kira 1 setengah jam. Tambang seorang adalah Rp8,000 sahaja. Jalan berliku-liku memang menyeronokkan dan dapat melihat sendiri masyarakat tempatan yang majoritinya suku Batak berniaga di sepanjang jalan. 2 rakan yang lain, sedap diulik perasaan sambil memejamkan mata dan tidur bagai nak rak sepanjang perjalanan. Hebat sekali melihat aksi oleh konduktor bas berkenaan yang begitu berani dan boleh memanjat bas berkenaan ketika bas sedang bergerak ketika di selekoh.

Berastagi merupakan daerah yang dingin (1330m) dan terletak Tanah Tinggi Karo. Pekan ini terkenal dengan 2 objek wisata alam iaitu Gunung Sibayak (2172m) dan Gunung Sinabung (2417m). Kami hanya menyaksikan permandangan 2 gunung berapi yang terkenal berkenaan dengan hanya berjalan kaki selama 30 minit ke Bukit Gundaling yang hanya bersebelahan di pekan Berastagi.

Bunga-bunga Carnation di Berastagi

Izzo dan Gunung Sinabung di atas Bukit Gundaling

Aksi pelik 2 ekor anjing

Suhu yang dingin pada waktu malam di Pekan Berastagi menyebabkan kami hanya berada di kawasan Wisma Sibayak Guest House sahaja memandangkan kepenatan perjalanan sepanjang hari. Lebih menarik jika mendaki Gunung Sibayak kerana kebanyakkan pariwisata asing mendaki gunung tersebut.

Izzo di Pekan Berastagi dan Gunung Sibayak

p/s : Terima kasih Jue Daniel. Gunung Sinabung dan bukannya Gunung Sibanung

2 comments:

Anonymous said...

sibanung or sinabung???

tetiba hari tu ada seseorang bertukar jadi raksasa gorgon, mujur pemandu teksi tu tak kena telan huahauahauauauau

IZZO said...

raksasa gorgon yang pakai tudung bertukar jadi gorgonita kot