Wednesday, December 17, 2008

Mumbai-Kuala Lumpur

24 & 25 November 2008

MH 195
ETD 24 Nov 2355
ETA 25 Nov 0720
ATD 25 Nov 0005
ATA 25 Nov 0710
Seat 30K
9M-MRK B777-200ER
Load Factor = 100%
Pintu Berlepas : 14

Matahari terbenam terakhir di India dihabiskan dengan melayan kesibukan kota Mumbai serta kesesakan lalulintas. Bayangkan masa yang di ambil di dalam teksi yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chharapati Shijavi (CSIA) adalah 2 jam dari Hotel Welcome walaupun jaraknya hanya 40km. Tiba di CSIA agak awal dengan hajat untuk melihat dan putar-putar di sekitar CSIA tetapi agak menghampakan kerana jauh berbeza dari KLIA kerana CSIA merupakan lapangan terbang tertutup dan hanya penumpang yang berdaftar sahaja dibenarkan masuk ke kawasan lapangan terbang.

Kawalan keselamatan di sini amat ketat dan seumpama menyelongkar keseluruhan bagasi tangan yang dibawa serta semua anggota badan secara manual meskipun telah melalui mesin pengimbas. Tidak mustahil prosedur keselamatan yang amat ketat ini adalah untuk menjamin tahap keselamatan kerana India terkenal dengan serangan pengganas.



Kedai bebas cukai di CSIA pula amat mendukacitakan kerana Izzo berhasrat untuk membeli perfume tapi malangnya hanya terdapat satu outlet perfume sahaja yang terdapat dan jenama yang diinginkan tiada di situ. Lebih menyedihkan kan menghampakan lagi, kedai bebas cukai tersebut hanya menerima US Dollar sahaja. Entah apa alasan yang munasabah penggunaan matawang tersebut sahaja dibenarkan. Ramai penumpang lain turut mengurut dan mempertikaikan masalah berikut. Maka terpaksalah menukarkan matawang Rupee yang tinggal kepada US Dollar pula dan pastinya prosedur penukaran amat ketat juga dan mengambil masa yang lama.

Pintu pelepasan MH di CSIA hanya bersebelahan dengan pesawat yang tidak akan mendarat di KUL iaitu El-Al dari Israel. Sewaktu menunggu untuk beratur untuk menaiki pesawat, terdapat ramai lagi warga India khususnya yang masih lagi tidak pandai beratur meskipun di arah untuk beratur kerana keutamaan untuk menaiki pesawat adalah kepada warga emas dan penumpang bersama keluarga dan anak-anak kecil. Perkara ini menimbulkan kekecohan sehinggakan kakitangan MH di CSIA mengarahkan mereka untuk beratur dalam satu barisan. Mungkin ini juga merupakan faktor kelewatan pesawat berkenaan akibat masa yang di ambil untuk menaiki pesawat amat lama.

Pesawat kali ini sarat dengan penumpang dan semua tempat duduk termasuk di Kelas Perniagaan di isi oleh penumpang MH sendiri dan juga penumpang Air India kerana perkongsian kod. Rata-ratanya pelancong dari India yang melancong ke Malaysia secara berkumpulan. Memandangkan sudah larut malam dan Izzo tidur sepanjang perjalanan dan sedar hanya sewaktu hidangan dan pesawat selamat mendarat di KUL 10 minit lebih awal pada jam 710 pagi.


Tiba di KUL dan terus menaiki ERL ke KL Sentral. Pada waktu pagi itu juga mata yang amat mengantuk tetapi puas mengembara di India selama 3 minggu serta seronok rasa di hati dapat kembali ke tanah air yang tercinta dan bumi bertuah bernama MALAYSIA.

1 comment:

amy-irol said...

hello, my first visit here..huhu rich of experiences :) .wanna let u know that i link ur through mine blog. Hope u occay with it!