Pagi di Delhi dan Ciha selaku tuan rumah telah menyediakan sarapan pagi dengan menu Nasi Lemak. Walaupun hampir setahun Izzo tidak menjamah nasi lemak kerana kurang gemar dengan menu ini, tetapi pada pagi berkenaan nasi lemak berkenaan terasa sangat-sangat sedap. Suasana di rumahlah katakan bukannya di mana-mana restoren. Terima kasih Ciha untuk semua tu.
Makan tengah hari di Connought Place, iaitu tempat yang mesti di lawati jika sampai ke Delhi. Terletak di tengah-tengah Delhi dan berbentuk bulatan serta dilingkungi pelabgai blok, Connought Place seumpama pusat perniagaan serta tumpuan pelancong untuk membeli-belah terutamanya di Palika Bazar di aras bawah bulatan berkenaan.
Sesudah kembara Delhi pada hari berkenaan, Izzo sekali lagi memilih Paharganj untuk penginapan pada malam itu. Paharganj merupakan tempat tumpuan pengembara dari serata dunia ke India. Kebanyakkanya golongan Hippies, dan pengambara dari Israel, Jerman, Russia serta beberapa negara Eropah Timur lagi. Mudah untuk mendapatkan segala maklumat pengembaraan di Paharganj.
Hari kedua di Delhi hanya menghabiskan masa jalan-jalan di sekitar kawasan yang berhampiran termasuk sekali lagi pusing di Connought Place dengan menaiki metro. Delhi merupakan kota pentadbiran bagi India dan akan menjadi tuan rumah Sukan Komenwel tahun 2010 kelak. Segala persiapan giat dilaksanakan untuk tujuan tersebut.
2 comments:
tetiba ada orang makan nasi lemak hari tu...kan???
Wat ??? Izzo makan nasi lemak ??? OMG..Unbelieveble !!!! OMG !!
kena masuk CNN nih ....
Post a Comment