Monday, December 15, 2008

Udaipur-Mumbai

22 & 23 November 2008

Perjalanan jarak jauh kali pertama menaiki bas di India sejauh 1050km memakan masa selama 17 jam dari Udaipur-Mumbai. Bas dipilih kerana kehabisan tiket keretapi. Bas yang Izzo naiki mempunyai 2 kelas iaitu kelas tidur dan kelas duduk dan Izzo memilih untuk kelas tidur.



Perjalanan di sepanjang 3 negeri di barat India menggunakan Lebuhraya Barat dan merentasi Rajashtan, Gujarat dan Mahashrata. Walaupun lebuhraya yang mempunyai tol, ia jauh panggang dengan api untuk di bandingkan dengan PLUS yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Agak sukar sebenarnya untuk tidur kerana pastinya ada hon dengan kuat dibunyikan ditambah dengan gegaran bas yang melampau. Tapi, alah bisa tegal biasa dan semua itu dijadikan pengalaman.



Sepatutnya Izzo tiba di Stesen Bas Mumbai Central tetapi entah kenapa 30km sebelum tiba, bas yang dinaiki terpaksa di tukarkan kepada bas lain. Tiada seorang penumpang pun termasuk pemandu untuk berkomunikasi kerana masalah bahasa tapi, Izzo dapat juga tiba di Mumbai dengan bantuan seorang warga Mumbai.

No comments: