Wednesday, December 3, 2008

Jaipur-Delhi

14 November 2008

Ajmer Shipadi Ekspress
ETD 1750
ETA 2240
ATD 1805
ATA ? (2200)
AC Chair, Gerabak S8, Seat 39

Stesen keretapi Jaipur agak bersih berbanding dengan mana-mana stesen lain yang telah Izzo berada sebelum ini, walaupun tidaklah sebersih mana pun. Keretapi yang Izzo naiki kali ini merupakan keretapi ekspress dari Ajemr ke Delhi dan kebanyakkan pengguna adalah di kalangan pelancong dan ahli perniagaan di antara Ajmer, Jaipur ke Delhi. Perjalanan agak singkat dan keretapi ini hanya mempunyai kelas duduk sahaja.

Apa yang menarik dalam perjalanan kali ini ialah makanan yang disediakan tanpa henti dengan 5 set kesemuanya.

Izzo sempat berbual dengan seorang warga Delhi di sebelah tempat duduk dan kelebihan berbual dengan beliau kerana Izzo menuju ke rumah seorang rakan yang berkhidmat di Pejabat Perwakilan Malaysia di Delhi yang kediamannya terletak di Vasant Vihar. Beliau menasihati agak Izzo turun stesen Delhi Cantt, satu stesen sebelum New Delhi Railway Station.

Sampai lebih awal dari jadual sebenar dan stesen tersebut adalah lebih berhampiran dengan tempat yang dituju. Namun, stesen keretapi berkenaan agak sunyi dan bilangan teksi serta rickshaw agak kurang menybabkan Izzo terpaksa berkongsi teksi dengan penumpang yang lain. Izzo tiba di rumahnya di Vasant Vihar selebum jam 11 malam dan Ciha selaku tuan rumah menjamu Mee Goreng yang cukup menyelerakan.

No comments: