20 November 2008
Izzo rasa tenang dan sedikit aman di Kota Ajmer yang dianggarkan mempunyai seramai 2 juta penduduk. Tambahan lagi jauh berbeza dengan kota lain yang lebih kotor dan banyak haiwan di tengah-tengah bandar, Ajmer kelihatan agak bersih namun masih tidak dapat untuk menandingi dengan tahap kebersihan dengan mana-mana bandar di Malaysia.
Memandangkan tiba di Stesen Keretapi Ajmer pada jam 2 dan hanya melawati beberapa tempat sahaja termasuk Main Bazaar yang banyak menjual barangan cenderamata. Tetapi hampir setiap bandar mempunyai bazaar sedemikian. Petang di Ajmer, Izzo manghabiskan masa di sekitar tasik bandar yang kira-kira 20 minit berjalan kaki. Angin yang bertiup terlalu sejuk walaupun matahari panas terik ketika itu.
No comments:
Post a Comment