Jaisalmer atau dikenali Gold City terletak nun jauh di sebelah barat negeri Rajasthan, India dan hanya kira-kira 200km dari sempadan Pakistan. Suasana di bandar ini jauh berbeza dengan mana-mana bandar di India yang lain kerana gersang dan agak kurang kenderaan di samping penduduk yang hanya mencecah 1 juta. Banyak tentera bertugas di Jaisalmer dan berkemungkinan mereka yang bertugas untuk menjaga ketenteraman India di sempadan dengan Pakistan.
Perjalanan dimulakan dengan menaiki jeep dari Kota Jaisalmer ke persisiran Padang Pasir kira-kira 50km dan diteruskan dengan menaiki unta selama 2 jam. Pada waktu itu, pengalaman dan permandangan yang cukup menarik kerana menyaksikan matahari terbenam di Padang Pasir Thar yang cukup mengagumkan.

Sememangnya bermalam di padang pasir tersebut amat sejuk dan tidak dapat dilupakan dengan hanya beralaskan kain sehelai dan diselimuti 4 helai kain yang disediakan oleh sherpa dan juga berbumbungkan langit semata-mata. Suhu malam yang cukup dingin dan jatuh hingga 8 darjah celcius menguji ketahanan kulit serta berlawan dengan mental untuk bangun pada waktu pagi.



Pengalaman ini menyebabkan Izzo ingin lagi merasakan pengalaman berkenaan tapi biarlah waktu panas pula. Kerjasama sherpa yang cukup baik dan Izzo cukup puas hati dengan pengalaman di bermalam di padang pasir berkenaan.
3 comments:
asalamualaikum,
wah seronoknya tidur di padang pasir tentu cantik bintang kat langit yang tak de awan. Cantik gambar-gambar kat india semacam akak ada kat sana. pemandangan matahari terbit memang mengagumkan. so lepas ni nak kemana pulak
Wow...
Suka gambar Izzo...
Best!!! Seronok + teruja baca catatan perjalanan Izzo. Ermmm... bilalah nak ada rezeki ronda-ronda mcm ni ek.
Post a Comment