Tidak dapat dinafikan, hati kecil ini menganggap melawat Agra Fort hanya sekadar sampingan kerana sememangnya umum lebih mengenali Taj Mahal. Agak kurang teruja bila sampai ke Agra Fort ini memandang Izzo telah habiskan 2 hari bertentang mata dengan Taj Mahal yang membawa erti segala-galanya.
Utara membawa berita Selatan membawa utusan Timur membawa makmur Barat membawa rahmat
Tuesday, December 2, 2008
Agra Fort
13 November 2008
Selepas melawat Taj Mahal, Izzo terus check out dari hotel dan menuju ke Stesen Keretapi untuk menitip beg di situ dan terus ke Agra Fort yang hanya letaknya 2 km dari Taj Mahal.
Agra Fort ini merupakan kota pemerintahan Kerajaan Moghul yang bewarna maroon dan dibina lebih awal dari Taj Mahal. Di sini juga letaknya tempat pemerintahan monarki Shah Jahan sebelum ini.
Begitu luas kota ini untuk dilawati dan mengambil masa 2 jam untuk menerokai sacara keseluruhannya, itupun dilawati secara cepat tanpa memerlukan jurupandu tempatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment