19 November 2008
Tiba di Jodhpur seawal 5.30 pagi di Stesen Keretapi, Izzo terus ke Hotel Heaven di tengah-tengah Kota Biru Jodhpur. Walaupun pada awalnya, pemilik guest house berkenaan Mdm. Nissa telah menjanjikan penginapan untuk Izzo pada awal pagi tersebut tapi ternyata meleset kerana tiada penginapan sebaik sahaja tiba. Pastinya mata ini mengantuk akibat kekurangan tidur dalam keretapi dan Izzo hanya terlelap di lobi guest house kepunyaannya yang asalnya adalah kediaman. Rata-rata pengambara memilih untuk menginap di guest house dari memilih hotel.
Setelah sedar pada jam 9 pagi tapi masih belum dalam penginapan dan 3 pengembara lain turut tiba dari Delhi. Kemudiaannya, Izzo terus membuka bekalan makanan iaitu serunding daging yang dibawa dari Malaysia dan makan bersama roti. Mdm. Nissa menyedari Izzo membuka bekalan makanan tersebut dan meminta dengan baik hati agar tidak menggunakan pinggan beliau di restoren yang terletak di tingkat atas di guest house berkenaan memandangkan beliau seorang Veggie. Ya, Izzo amat menghormati permintaan/arahan berkenaan. Namun setelah habis sarapan, Mdm. Nissa dengan baik hati telah mendapatkan penginapan untuk Izzo di guest house yang berdekatan milik rakan beliau yang terletak hanya 20 meter dan Izzo bersetuju. Ketika Izzo berpindah dari guest house tersebut, Mdm. Nissa menyatakan kepada pengembara lain yang tiba selepas Izzo, "you can check in now". Memikirkan balik peristiwa berkenaan, kemungkinan Izzo di halau oleh Mdm. Nissa secara terhormat dan mungkin kerana memakan daging di tempat penganut Hindu. Ok... perkara sebegini kadang kala perlu juga di fahami dan juga kadang kala lawak juga bila dikenangkan kembali. Tapi Izzo tak kisah kerana Kota Jodhpur yang bewarna biru sangat indah dan sejuk mata memandang.
Jam 10, Izzo terus ke Kota Mehrangarh yang terkenal di Jodhpur. Kota yang menjadi pemerintahan negeri Rajashtan ini mendapat perhatian dunia kerana keagungan empayar ketika zaman ketamadunannya. Dari sini juga, permandangan terbaik untuk keseluruhan kota biru di Jodhpur dapat disaksikan.
Selesai itu, Izzo terus ke Palace Umaid Bhawan yang terletak hanya 5 km dari Kota Mehrangarh serta malam harinya menghabiskan masa meronda di sekitar kota biru dan juga Jodhpur.
No comments:
Post a Comment