Tuesday, December 2, 2008

Jaipur : Pink City

14 November 2008

Jaipur popular dengan Pink City dan kota ini merupakan kota yang pertama dalam pengembaraan di bumi Rajasthan, India. Rajashtan juga antara negeri paling cantik di India dan kaya dengan budaya dan tinggalan sejarah serta bentuk muka bumi yang memukau.

Sepertimana Agra, Izzo ditawarkan untuk menaiki rickshaw bagi tujuan mengelilingi kota Jaipur termasuk Pink City. Dengan harga yang sangat berpatutan, peluang tersebut adalah munasabah.

Lawatan dimulai dengan City Palace tetapi Izzo tidak berminat untuk masuk ke dalam tempat berkenaan tetapi memilih untuk menaiki tangga di bahagian tepinya. Alasan untuk tmemilih untuk tidak masuk melawat ke dalam adalah,
1) Bayarannya Rs250
2) Sudah dapat menjangkakan apa yang ada di dalam Istana berkenaan.
3) Sudah melawat banyak sangat kota/ fort di sekitar Agra sebelum ini.
Semasa menunggu waktu terbaik untuk melawat tempat yang paling menarik di Pink City, Jaipur iaitu Hawa Mahal, Izzo sempat melawat ke water palace dan beberapa tempat pembuatan sari dan sutera. Hanya sekadar melawat namun tiada sebarang buah tangan yang mampu dibeli.

Kemuncak pada hari berkenaan, Izzo terus melawat di sekitar Pink City serta deretan kedai-kedai menjual kraftangan di hadapan Hawa Mahal. Agak tersentuh bila berhadapan dengan bangunan ini yang bernama “Hawa” kenapa nama tersebut bersamaan dengan nama ibu Izzo secara tak rasmi.

Kemudian, terus pulang ke hotel sebelum ke Stesen Keretapi Jaipur pada petang berkenaan juga untuk bertolak ke Delhi.

No comments: