Friday, December 12, 2008

Ajmer-Udaipur (Udaipur Intercity Express)

21 November 2008

#2695
ETD 0050 ATD 0140
ETA 0610 ATA 0720
#AC3T, Gerabak B1, Seat 49
Perjalanan ke-10 menaiki keretapi antarabandar di India dan malam ke-7 dalam keretapi. Setelah menghabiskan kira-kira 3 jam di kafe internet di Ajmer Junction, Izzo menunggu keretapi berkenaan di Platform 3 namun lewat tiba.


Kementerian Keretapi India mengambil langkah yang proaktif untuk keselesaan dan kemudahan bagi pengguna keretapi kelas atasan dan kelas tidur, mereka dapat menikmati ruang menunggu di stesen berkenaan. Keretapi yang dinaiki dari Delhi dan menuju ke Kota Romantis Udaipur. Tentu ramai pengembara serta pelancong asing yang berbentuk mewah terutamanya warga emas dari Eropah menuju ke Udaipur.

Seperti biasa, Izzo terus tidur sebaik menaiki keretapi memandangkan kabin keretapi gelap kerana penumpang yang lain telah tidur serta langsung tidak sedar apabila konduktor memeriksa tiket. Abaikan sahaja konduktor berkenaan kerana tidur lebih penting.


Perjalanan terakhir menaiki keretapi di India ini tiba-tiba dikejutkan dengan nyanyian oleh sekumpulan warga India yang berkemungkinan ahli keluarga mereka baru mendirikan rumah tangga beberapa minit sebelum tiba di Stesen Keretapi Udaipur. Akhirnya dapat juga melihat sendiri orang menyanyi dalam keretapi di INDIA.

Tiba di stesen paling bersih di India iaitu Stesen Keretapi Udaipur memang mengagumkan kerana di sini jauh berbeza dengan mana-mana stesen lain tambahan lagi bilangan pengembara dan pelancong asing melebihi warga India. Layanan yang amat ramah serta tahap kebisingan yang kurang menyebabkan stesen ini amat selesa.




2 comments:

Kamaruzaman Ibrahim said...

wud appreciate kalau dpt kongsi tips-tips sebelum/semasa melakukan pengembaraan solo mcm ni dlm nxt n3. fuhhh!!! best tu...

and a good things psl izzo ni, xder pun nak condemn tpt org ek. tu agaknya perjalanan sentiasa dipermudahkan ALLAH :)

laily said...

Hmm
macamana agaknya orang menyayi dalam keretapi, macam dalam filem hindustan tak.