Thursday, December 4, 2008

Bumi Gersang Jaisalmer

17 & 18 November 2008

Jaisalmer atau dikenali Gold City terletak nun jauh di sebelah barat negeri Rajasthan, India dan hanya kira-kira 200km dari sempadan Pakistan. Suasana di bandar ini jauh berbeza dengan mana-mana bandar di India yang lain kerana gersang dan agak kurang kenderaan di samping penduduk yang hanya mencecah 1 juta. Banyak tentera bertugas di Jaisalmer dan berkemungkinan mereka yang bertugas untuk menjaga ketenteraman India di sempadan dengan Pakistan.

Izzo beruntung kerana bulan November merupakan waktu yang paling ideal untuk melawat Jaisalmer memandangkan cuaca yang di siang hari yang agak panas tetapi kering disamping angin yang sejuk dan suhu pada waktu malam jatuh hingga ke 7 darjah celcius. Julat suhu yang tinggi adalah kerana kawasan Jaisalmer yang gersang di kelilingi Padang Pasir Thar yang cukup terkenal di India.
Izzo tidak mencari apa-apa di Jaisalmer kecuali pengalaman untuk menaiki unta (Camel Safari) serta menikmati kedinginan malam di Padang Pasir Thar. Namun berada di Gold City Jaisalmer cukup menarik kerana penduduk di sini cukup peramah dan seronok berbual dengan pelancong asing dan sekali lagi Izzo selalu dijangkakan sebagai warga Jepun atau Korea.


Perjalanan dimulakan dengan menaiki jeep dari Kota Jaisalmer ke persisiran Padang Pasir kira-kira 50km dan diteruskan dengan menaiki unta selama 2 jam. Pada waktu itu, pengalaman dan permandangan yang cukup menarik kerana menyaksikan matahari terbenam di Padang Pasir Thar yang cukup mengagumkan.

Sememangnya bermalam di padang pasir tersebut amat sejuk dan tidak dapat dilupakan dengan hanya beralaskan kain sehelai dan diselimuti 4 helai kain yang disediakan oleh sherpa dan juga berbumbungkan langit semata-mata. Suhu malam yang cukup dingin dan jatuh hingga 8 darjah celcius menguji ketahanan kulit serta berlawan dengan mental untuk bangun pada waktu pagi.



Pengalaman ini menyebabkan Izzo ingin lagi merasakan pengalaman berkenaan tapi biarlah waktu panas pula. Kerjasama sherpa yang cukup baik dan Izzo cukup puas hati dengan pengalaman di bermalam di padang pasir berkenaan.

3 comments:

laily said...

asalamualaikum,
wah seronoknya tidur di padang pasir tentu cantik bintang kat langit yang tak de awan. Cantik gambar-gambar kat india semacam akak ada kat sana. pemandangan matahari terbit memang mengagumkan. so lepas ni nak kemana pulak

Sen's Station said...

Wow...
Suka gambar Izzo...

Kamaruzaman Ibrahim said...

Best!!! Seronok + teruja baca catatan perjalanan Izzo. Ermmm... bilalah nak ada rezeki ronda-ronda mcm ni ek.